Monday 29 January 2018

Admin COOP Gadget Hiking Gunung Ledang

Salam semua,

Sebelum admin kongsi rakaman video sepanjang perjalanan kami ke puncak Gunung Ledang, suka admin ingatkan korang bahawa tanpa gadget, macam mana kita nak rakamkan setiap detik-detik indah perjalanan hidup kita ini... :-)

So, untuk trip ini, admin hanya guna 5 alat gadget untuk rakam gambar dan video perjalanan admin dari jam 10:30 malam, 26 Januari 2018 hinggalah admin sampai semula ke Putrajaya pada 28 Januari 2018 jam 1:40 petang. Gadget-gadget ini yang bantu admin untuk buat kira-kira 50 rakaman video, 100 gambar, 2 FB Live, whatsapp, Samsung Health (apps) dan lain-lain. Gadget itu hanyalah;

1. Smartphone Samsung A7 2016
2. Powerbank Pineng 10000mAH (PN963) yg dh berusia kira2 setahun setengah
3. USB Charger 2.4Amp 20cm utk powerbank
4. Remax Car Holder & Charger
5. Mini Selfie Stick

Ok.., seterusnya.., hmm... admin nak cerita pengalaman secara bertulis nie tak pandai sangat... admin kongsikan video aje la ye... nak lukis lagi la tak pandai... ;-)



Ringkasan peristiwa sepanjang perjalanan admin seperti berikut ye;
  1. Bertolak dari Presint 11 Putrajaya jam 10:30 malam, 26 Januari 2018.
  2. Sampai di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang pada jam 1:56 pagi, 27 Januari 2018. Tidur dalam kereta je. 
  3. Jam 6 pagi, solat Subuh, breakfast, isi borang pengistiharan barang untuk naik ke puncak Gunung Ledang dan dengar taklimat pendakian.
  4. Jam 8:05 pagi memulakan pendakian dari Tangga Mahligai setinggi 720 anak tangga.
  5. Jam 8:30 sampai Check Point 1.
  6. Jam 8:54 pagi sampai Check Point 2 (Hentian Meranti), rehat 2 minit dan meneruskan perjalanan.
  7. Jam 9:21 pagi sampai Check Point 3 (Batu Orkid).
  8. Jam 10:25 pagi sampai di Simpang Pedita.
  9. Jam 10:33 pagi sampai di Check Point 5 (Sungai Segitiga). Rehat 5 minit dan meneruskan perjalanan.
  10. Jam 11:18 pagi sampai kat KFC.. ;-)
  11. Jam 11:34 pagi sampai ke Check Point 6 (Gua Kambing)
  12. Mendaki Batu Hampar menggunakan tali dan sampai ke Taman Bonsai pada jam 12:29 tengahari.
  13. Jam 12:49 tengahari sampai ke Check Point 7 (Bukit Botak).
  14. Jam 1:29 sampai ke batu besar yang diatasnya merupakan puncak tertinggi. Masa yang agak lama untuk kami sampai kesini sebab dah penat sangat dan lapar... ;-)
  15. Jam 1:49 sampai ke Puncak 1, rehat lagi, makan tengahari.
  16. Jam 2:00 petang sampai ke puncak tertinggi, bergambar dan sambung rehat.
  17. Jam 2:39 mula bergerak turun, solat Zohor dan Asar di pondok solat yang disediakan.
  18. Jam 7:40 malam baru sampai semula ke starting point...
Fuhh..., sukar nak tulis perasaan admin semasa menghadapi cabaran ini... korang nak tahu lebih kena tengok la video tu ye... hihi..

Tapi, tengok video sahaja pun tak best sangat.., melainkan korang pergi sendiri dan nikmati keindahan dan cabaran Gunung Ledang ni... :-)

Friday 26 January 2018

1000 Tempered Glass PERCUMA Nak Diberikan Kepada Follower COOP Gadget!!!

Siapa antara korang tak ada smartphone? Tak ada kan.. Screen smartphone kita tu, kalau pecah, mesti mahal nak ganti baru.. huhu. So.., protect la sikit screen phone yg mahal tu. Tempered glass mampu kurangkan kesan hentakan jika phone korang kalau terjatuh.

 https://tenor.com/search/its-so-beautiful-gifs
Nak beli tempered glass untuk smartphone tapi bajet macam tak cukup pulak bulan ni? Haaa, tak payah pening-pening. Sini admin kongsi tempat yang korang boleh dapatkan tempered glass dengan PERCUMA.. Bukan itu sahaja…, Ada pelbagai aksesori smartphone yang murah dan berbaloi.



Peh, kalau tengok dari nama kedai, mesti gempak punya. Memang betul pun. COOP Gadget menjual pelbagai aksesori smartphone dan gadjet yang korang nak. Pilih je. Macam-macam ada. Barang-barang kat sini juga bermutu. Tak perlu risau.


Kedainya pun bersih, kemas dan tersusun. Sedap mata memandang. Korang pun selesa nak cuci mata. Selain itu, staf kat COOP Gadget ni pun akan beri servis terbaik untuk korang. Staf diorang pun sangat friendly dengan setiap pelanggan yang datang.

Promosi bulanan, murah gila!

Kedai nie setiap bulan ada promosi. Saje ni nak korang borong habis kat COOP Gadget. Hehe. Promosi Bulan Januari hari tu diaorang bagi hadiah misteri kepada setiap pelanggan yang beli barang bernilai RM30 dalam satu resit. Hadiahnya dari powerbank Original Pineng, VR Box, monopod, powerbank Mi, iRing dan USB Data Cable.


Aksesori lain yang masih dengan harga promosi ialah casing, tempered glass, headset, earphone, monopod, VR Box, car holder dan lain-lain lagi.




Boleh intai sikit harga kat sini. Memang murah habis. Dah ramai yang datang dan bagi feedback yang bagus. Korang bila lagi nak serbu? Boleh hebohkan kat kawan-kawan yang tengah cari aksesori smartphone. Sebenarnya ada benda yang lagi menarik bila korang datang COOP Gadget ni. Apa agaknya?

Tak lain tak bukan COOP Gadget nak bagi free tempered glass kat korang.. mulai 1 hingga 10 haribulan Februari SAHAJA atau sehingga 1000 unit telah diagihkan....!!!

Promosi bulan Februari nie diaorang buat lagi special. diaorang nak bagi 1000 keping tempered glass PERCUMA. Tapi korang kena cepat datang… 1000 keping tempered glass nie bukannya banyak berbanding 66000 follower facebook page COOP Gadget ni… So.., siapa cepat dia dapat!



Admin pun terkejut bila bos COOP Gadget decide nak bagi korang tempered glass ni secara PERCUMA je. Wow! Mereka dah prepare siap-siap tempered glass untuk pelbagai jenis smartphone. Nak tahu macam mana dapat? Senang je.


Yang pertama, tekan like COOP Gadget




Kedua, click button Following dan tick See First macam kat gambar di atas.

Lepas tu korang terus datang ke COOP Gadget. Tunjuk bukti yang korang dah like dan follow See First page tu. Tup tup terus dapat tempered glass secara PERCUMA. Ha, senyum sampai telinga. Sukalah tu dapat barang free kan.

Seorang layak dapat satu je…

Dah datang jalan-jalan kat Putrajaya, jangan lupa singgah COOP Gadget. Tempered glass PERCUMA ini boleh dituntut di dua cawangan kami seperti berikut; 

COOP Gadget Putrajaya Sentral
Waktu Operasi : 10:00 pagi hingga 10:00 malam (dibuka setiap hari)
Alamat : Terminal B, Putrajaya Sentral, Presint 7, 62250 PUTRAJAYA
Nombor Telefon : 019-696 5631

COOP Gadget KIPMALL Kota Warisan
Waktu Operasi : 10:00 pagi hingga 10:00 malam (dibuka setiap hari)
Alamat : Lot M10, M11 & M12, Kipmall Kota Warisan, Persiaran Warisan, 43900 Sepang


Nombor Telefon : 019-696 5631


Jom serbu cawangan COOP Gadget di Putrajaya Sentral dan KIPMALL Kota warisan, boleh dapat aksesori smartphone yang murah-murah. Barang percuma pun ada. Jangan lupa tekan like Facebook COOP Gadget untuk dapatkan free tempered glass. Yay! 



Promosi tempered glass ni bermula 1 sampai 10 Februari 2018 sahaja. Datang jangan tak datang!!!

Sunday 3 January 2016

Cawangan Pertama COOP Gadget akan dibuka di Putrajaya Sentral

COOP Gadget, sebuah jenama baru bagi rangkaian jualan "smartphone" dan aksesorinya akan dibuka di Putrajaya Sentral. COOP Gadget merupakan salah satu rangkaian perkhidmatan dengan jenama COOP yang dimiliki oleh Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad.

Dengan moto "Original Bermaksud Kualiti", COOP Gadget menawarkan produk telefon serta peralatan aksesori yang berkualiti. Sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan jualan ini, COOP Gadget juga menawarkan perkhidmatan pembaikan telefon dengan harga yang sangat berpatutan.

COOP Gadget juga akan bekerjasama dengan Gadget World 666 bagi mewujudkan rangkaian pengedaran untuk faedah bersama kedua-dua pihak serta seluruh pengguna amnya.

Semoga cawangan pertama COOP Gadget ini akan memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan kawasan sekitarnya akan mendapat manfaat dari perkhidmatan yang ditawarkan.

Nantikan pembukaannya yang akan diumumkan nanti....