Sunday 3 January 2016

Cawangan Pertama COOP Gadget akan dibuka di Putrajaya Sentral

COOP Gadget, sebuah jenama baru bagi rangkaian jualan "smartphone" dan aksesorinya akan dibuka di Putrajaya Sentral. COOP Gadget merupakan salah satu rangkaian perkhidmatan dengan jenama COOP yang dimiliki oleh Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad.

Dengan moto "Original Bermaksud Kualiti", COOP Gadget menawarkan produk telefon serta peralatan aksesori yang berkualiti. Sebagai nilai tambah kepada perkhidmatan jualan ini, COOP Gadget juga menawarkan perkhidmatan pembaikan telefon dengan harga yang sangat berpatutan.

COOP Gadget juga akan bekerjasama dengan Gadget World 666 bagi mewujudkan rangkaian pengedaran untuk faedah bersama kedua-dua pihak serta seluruh pengguna amnya.

Semoga cawangan pertama COOP Gadget ini akan memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan kawasan sekitarnya akan mendapat manfaat dari perkhidmatan yang ditawarkan.

Nantikan pembukaannya yang akan diumumkan nanti....

No comments:

Post a Comment