Monday 29 January 2018

Admin COOP Gadget Hiking Gunung Ledang

Salam semua,

Sebelum admin kongsi rakaman video sepanjang perjalanan kami ke puncak Gunung Ledang, suka admin ingatkan korang bahawa tanpa gadget, macam mana kita nak rakamkan setiap detik-detik indah perjalanan hidup kita ini... :-)

So, untuk trip ini, admin hanya guna 5 alat gadget untuk rakam gambar dan video perjalanan admin dari jam 10:30 malam, 26 Januari 2018 hinggalah admin sampai semula ke Putrajaya pada 28 Januari 2018 jam 1:40 petang. Gadget-gadget ini yang bantu admin untuk buat kira-kira 50 rakaman video, 100 gambar, 2 FB Live, whatsapp, Samsung Health (apps) dan lain-lain. Gadget itu hanyalah;

1. Smartphone Samsung A7 2016
2. Powerbank Pineng 10000mAH (PN963) yg dh berusia kira2 setahun setengah
3. USB Charger 2.4Amp 20cm utk powerbank
4. Remax Car Holder & Charger
5. Mini Selfie Stick

Ok.., seterusnya.., hmm... admin nak cerita pengalaman secara bertulis nie tak pandai sangat... admin kongsikan video aje la ye... nak lukis lagi la tak pandai... ;-)



Ringkasan peristiwa sepanjang perjalanan admin seperti berikut ye;
  1. Bertolak dari Presint 11 Putrajaya jam 10:30 malam, 26 Januari 2018.
  2. Sampai di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang pada jam 1:56 pagi, 27 Januari 2018. Tidur dalam kereta je. 
  3. Jam 6 pagi, solat Subuh, breakfast, isi borang pengistiharan barang untuk naik ke puncak Gunung Ledang dan dengar taklimat pendakian.
  4. Jam 8:05 pagi memulakan pendakian dari Tangga Mahligai setinggi 720 anak tangga.
  5. Jam 8:30 sampai Check Point 1.
  6. Jam 8:54 pagi sampai Check Point 2 (Hentian Meranti), rehat 2 minit dan meneruskan perjalanan.
  7. Jam 9:21 pagi sampai Check Point 3 (Batu Orkid).
  8. Jam 10:25 pagi sampai di Simpang Pedita.
  9. Jam 10:33 pagi sampai di Check Point 5 (Sungai Segitiga). Rehat 5 minit dan meneruskan perjalanan.
  10. Jam 11:18 pagi sampai kat KFC.. ;-)
  11. Jam 11:34 pagi sampai ke Check Point 6 (Gua Kambing)
  12. Mendaki Batu Hampar menggunakan tali dan sampai ke Taman Bonsai pada jam 12:29 tengahari.
  13. Jam 12:49 tengahari sampai ke Check Point 7 (Bukit Botak).
  14. Jam 1:29 sampai ke batu besar yang diatasnya merupakan puncak tertinggi. Masa yang agak lama untuk kami sampai kesini sebab dah penat sangat dan lapar... ;-)
  15. Jam 1:49 sampai ke Puncak 1, rehat lagi, makan tengahari.
  16. Jam 2:00 petang sampai ke puncak tertinggi, bergambar dan sambung rehat.
  17. Jam 2:39 mula bergerak turun, solat Zohor dan Asar di pondok solat yang disediakan.
  18. Jam 7:40 malam baru sampai semula ke starting point...
Fuhh..., sukar nak tulis perasaan admin semasa menghadapi cabaran ini... korang nak tahu lebih kena tengok la video tu ye... hihi..

Tapi, tengok video sahaja pun tak best sangat.., melainkan korang pergi sendiri dan nikmati keindahan dan cabaran Gunung Ledang ni... :-)

No comments:

Post a Comment